3.1.22

Touring Putrajaya - Port Dickson - Putrajaya

Tahun lepas, exact date Pada 18-19 Dis 2021 a group of office mates mencuba sesuatu yang baru iaitu touring. Laluan yang dipilih adalah dari Putrajaya ke Port Dickson (Lukut) dan kembali semula ke Putrajaya pada keesokannya.


1st kudos kepada kawan aku Naaim yang memulakan idea ni dan memastikan idea berjalan dengan jaya. Program pertama under Biro Rekreasi dan Sosial (BiSoRe) MADAH Putrajaya. Persiapan Naaim dan anak buah dia memang terpuji dan tip top. Serba serbi lengkap. Harap ada lagi aktiviti sebegini di pejabat.


Final count pada hari kejadian adalah 14 pengayuh dan 1 motor akan folo sepanjang laluan. Route yang dipilih merupakan yang paling mudah dan paling pendek berikutan tak semua pernah touring sebelum ni. 1 hari sebelum bermula kayuhan hujung turun tanpa henti dan begitu juga pada 18hb. Berikutan segala persediaan dan persiapan terutama berkaitan penginapan dan diuruskan, kayuh tetap diteruskan dari ofis pada jam 7 pagi dengan hujan masih renyai-renyai. After customary photo session, kayuhan bermula dari Putrajaya ke simpang Kota Warisan - KLIA.


Masalah bermula di situ. Kesesakan luar biasa berlaku dalam keadaan hujan membuatkan sedikit risau samada jalan tu dinaiki air. Cuba mencari jalan tepi tapi tak berjalan dan turut ditenggelami air. Bagi menenangkan keadaan dengan harapan air akan surut, berhenti di kedai mamak bagi bersarapan. Selepas mendapat ilham cadangan laluan bagi melepasi simpang yang banjir tu, kayuhan diteruskan. Walaubagaimanapun ilham yang tercetus tu tak dapat direalisasikan berikutan jalan lain turut ditenggelami air.


Akhirnya lepas bincang  sana sini rancak rancak keputusan muktamad adalah meredah sahaja jalan banjir di tengah laluan yang diyakini tiada masalah lubang / longkang. Berdebar juga nak meredah ni dengan arus agak deras dan khuatir isu eletrik. Syukur semua lepas dengan tolak basikal. Yang tak lepas hanya motor yang ikut aje dan terpaksa patah balik jalan jauh, haha. 


Dari situ berjaya semula teruskan melalui jalan depan IPD sepang menuju ke pekan Salak. Malangnya akibat terendam dalam air, tapak kasut aku tercabut. Dari situ amat leceh nak unclip kasut dari basikal. Sampai di simpang pekan Salak, nampak jalan tutup, katanya air sungai melimpah di depan naik ke jalan raya. Terpaksa detour melalui Enstek. Aku terpaksa pusing2 cari kedai yang ada jual cable tight untuk ikat kasut aku. Akhirnya ada uncle sorang ni sedekah je cable tight dia dan siap ikatkan pada kasut. Tqvm atas jasa baik. Kalau tak azab nak habiskan kayuhan.

Dari Enstek menuju ke laluan Sepang. Alhamdulillah di sana hujan dah berhenti dan tiada isu jalan dinaiki air. Cuma jalan agak sempit untuk berbasikal sebab ada kerja pelebaran jalan tengan dibuat. Kena kayuh dengan Hati2 sebab lori agak banyak pada masa tu. Di situ terjumpa simpang tiga yang menuju Port Dickson melalui Tanah Merah-Bukit Pelanduk.


Laluan tu memang telah dikenali sebagai kawasan yang penuh dengan rolling hills. Sebelum masuk tu ada signboard Welcome to PD jadi baik bergambar dulu sebelum hadap azab tu. Since time ni dah kembali ke laluan asal yang dipilih sebelum ni, aku decide kat sini aku nak jd sweeper bagi reserve energy. Bukit turun naik tak berapa tinggi tapi banyak amat azab. Pada masa ni rider2 lain dah laju ke depan tapi kita rileks duduk belakang. Asalkan sampai.


Berhenti seketika dengan yang lain-lain di 99 Speedmart Tanah Merah untuk refill air sebelum meneruskan perjalanan. Dah tak jauh sebenarnya. Depan sket dah simpang masuk Lukut dan terus ke tempat penginapan. Berikutan tuan rumah dah tunggu di sana, semua sepakat untuk ke rumah dulu sebelum tempat lunch. Sampai di tempat penginapan tu dalam 10 minit lepas azan Zuhur. Lepas amik kunci dan tengok rumah, semua yang lain terus ke pekan PD. 


Semua tengah kelaparan sebab sepanjang perjalanan hujan dan basah, 1st kedai kari kepala ikan yang biasa pegi sebelah JPN PD tutup, kemudian cari gerai cendol rojak pun tutup. Akhirnya jumpa kopitiam. Semua order menu sama nak bagi makanan cepat sampai. Syukur kenyang juga walaupun belum perut belum penuh.


Semua kayuh bertolak balik ke rumah kecuali aku disebabkan nak cari kedai repair kasut. Jumpa juga kedai lepas tanya orang ramai di situ. Lega sket nak habiskan kayuhan keesokan hari. Sampai aja rumah lepas repair kasut satu bala lain menanti. Disebabkan aku pakai bag pakaian di bawah saddle dan sepanjang perjalanan hujan lebat, pakaian dalam tu sedikit lembap. Salah aku tak masukkan dalam plastik. So sorang kawan terpaksa la pegi dobi untuk guna dryer. Ada 3 orang pakai beg yang sama jadi terpaksa la guna dryer.


Lewat jam 6 petang, kembali turun hujan. Apa2 pun lega sebab bermula dari simpang Sepang - Tanah Merah, hujan dah berhenti. Bila hujan kat rumah pun tak kisah sebab dah sampai. Bermula petang ada 1 team dari ofis sampai dan bawa menu malam. Ada sedikit minum petang dan terus bersedia untuk BBQ pada malam. 
Malam ada bos-bos dari ofis datang beramah mesra dan malam tu buat perbincangan untuk laluan balik. Berikutan hujan non stop 2 hari ni, most tempat dinaiki air. Jadi laluan balik diubah dari jalan sama ke jalan yang sedikit lain. Jalan ni kurang menarik since bukit banyak.


Laluan balik yang dipilih adalah melalui Lukut- Springhill- Mambau-Sendayan - Eka Matahari - Salak- Jenderam Putrajaya. Untuk aku akan berpisah dari yang lain di Salak dan akan menuju terus ke rumah kerana ada misi lain yang belum diselesaikan.
Bagi kayuhan balik 2 orang tak dapat meneruskan kayuhan disebabkan masalah teknikal dan urusan kecemasan keluarga. Kayuhan diteruskan dari penginapan dengan misi mencari sarapan. Jumpa kedai sarapan sebelum masuk ke Springhill.  Sarapan ni penting sebab laluan selepas ini penuh berliku dengan bukit turun naik. 



Sepanjang perjalanan semua ok kecuali sedikit azab di Bukit menuju Eka Matahari. Di puncak bukit wajib berhenti untuk bergambar sebagai reward kepada seksaan naik bukit.  Menuju ke pekan salak,  most rider kekurangan air berikutan cuaca hari ni agak panas berbanding semalam. Berhenti di Petronas Salak sebelum aku split dengan yang lain. Aku menuju ke Pajam dan lain ke Putrajaya.


Distance aku hari ni kurang sket berikutan lebih dekat, jadi hanya 65km berbanding hari pertama dari Putrajaya 82km. Syukur kedua-dua hari tiada isu pada basikal walaupun hujan lebat dan terpaksa meredah banjir. Cuma isu pada kasut sahaja yang berjaya diselesaikan dengan cable tight dan gam di kedai kasut.
Terima kasih kepada BiSoRe atas penganjuran kali pertama yang anggap amat berjaya. Sepanjang perjalanan pun hanya ada 1 kali tiub basikal bocor dan mudah dibetulkan. Penginapan yang best dan boleh accommodate jumlah yang besar seperti kita dan makan malam yang disediakan dari team yang datang dari Putrajaya yang amat sedap dan mengenyangkan.


Cuma on a personal note, badan tak seperti dulu. 2nd day tenaga dah tak seperti 1st day. Jauh beza berbanding time aku touring dulu. Mungkin faktor berat badan menjadi beza dan fitness yang amat ketara.




No comments: