1.12.21

Knog Plus

One of my favourite brand bila berbasikal adalah Knog. Aku minat sebab nama dia agak cool dan design produk dia agak unik da innovative.


1st Knog aku beli 2010 dan pada masa tu menggunakan bateri  leper CR2032. 2nd Knog yang aku beli adalah Knog Blinder yang berharga RM50 sebijik pada 2016.  Time tu aku tertarik sebab konsep charging menggunakan USB Dan tak perlu extra wire utk charging. Jadi tiada isu wayar hilang tak boleh nak charge. Selain dari tu antara kelebihan Knog ni adalah lampu dia yang cerah dan tajam (silau) menjadikan sesuai digunakan masa siang. Lagi aku suka dgn Knog Blinder ni adalah selain guna untuk berbasikal aku boleh guna untuk berlari.


Jadi selepas 5 tahun aku beli another produk dari Knog iaitu Knog Plus. Boleh beli secara berasingan lampu depan atau belakang atau beli kedua-duanya sekali (lebih murah). Runtime bagi Knog Plus ni varies dari mode nyalakan lampu iaitu dari 2 jam hingga 40 jam. Again bila guna untuk berbasikal boleh ataupun guna untuk berlari pun boleh. 2 dalam satu.


Boleh tengok contoh video yang aku kongsi di mana mode Fancy Flash di mana nyalaan amat terang. Dengan meningkat nya jumlah orang berlari dan berbasikal, aku rasa lampu sebegini amat penting untuk memudahkan visibility dan membolehkan pengguna jalan raya yang lain alert dgn kehadiran kita.

Jika ada yang berminat boleh cari terus di shopee/ lazada. Kedai2 basikal pun ada. Harga pilih la sendiri yang mana korang minat. 

No comments: