31.5.11

Hari ni aku tak nak jadi hero dah

Perkara yang pernah terjadi di sini, berlaku lagi petang semalam. Macam biasa aku bertolak balik jam 5 petang. Tren selalu sampai 5.24petang. Time cuti sekolah ni  aku jangka- jangka naik tren ni agak syurga sket sebab tak ramai orang. Jangkaan meleset. Sampai saje di stesen, keluar pengumuman yang train delay. Tren hanya sampai jam 5.45. Bila dah sampai lambat. Konfem orang ramai macam sardin. Bersesak-sesak. Bau ba'eng pun dah ada. Aku sabar lagi. Bila lepas stesen Salak Selatan tiba-tiba tren slow dan terus berhenti. Lepas tu terus elektrik takde. Memang neraka sungguh panasnya. Tapi macam biasa berpegang kepada pepatah cina cikgu add math aku" Hati tenang badan sejuk" . Orang lain dah start maki-maki panas. Aku masih sabar. Aku pun panas gak sebenarnya tapi boleh tahan lagi.  Bayangkan la, tren letrik takde, ekon xde, orang bersesak-sesak. Pintu lak tak bukak. Mana tak semua orang dalam tu dah start maki.  Yang ironinya dalam tren tu yang stuck sama aku adalah kawan kepada akak yang mengandung yang aku tolong dulu. Lagi ironi driver tren adalah sama dengan driver tren hari tu.  Takde chemistry kami bertiga. Aku dah propose mandi bunga kat kami bertiga time buat musyawarah 5 minit atas trek. Masa dulu, tren stop sebab letrik takde, jadi semua train xboleh lalu. Kali ni hanya train aku aje yang rosak.
Macam biasa, semua kene turun train. Kali ni lagi ganas dari dulu sebab ada satu awek tudung labuh pengsan. Ini pengsan memang kaw2 punya. Macam dah mati terbaring atas strecher tuh. Siap masuk iv drip lagi. Bomba ada datang satu trak. Van JPAM ada dalam 2 bijik. Polis pun ada gak sampai jaga keselamatan. Arahan di beri, jalan kaki ke stesen sebelum ni iaitu Salak Selatan dan tunggu next train. Next train hanya akan tiba lepas tren yang rosak dah clear dari trek. Aku jalan kaki balik ke stesen salak selatan. Aku tengok dah lautan manusia tunggu kat situ. waktu tu jam dah pukul 7.00 petang.  Bila trek dah clear, tren yang menunggu nak lalu ke arah Seremban, datnag satu persatu. Orang dah ramai. Semua berebut-rebut nak masuk. Time tu ntah aku kene cabul, atau cabul orang pun aku tak perasan. Semua menolak nak masuk. 7.45 baru aku dapat naik tren. Itu pun sebab awek belakang aku dok ganas gila babi tolak aku nak masuk dalam. Aku kene  berterima kasih kat awek lawa tapi ganas nak mampus tolak aku tu. Kalau tak memang tak naik lagi aku dalam tren.
Aku sampai Batang Benar jam 8.30 malam.
Setakat ni memang ini rekod terbaik aku, 3 jam setengah nak sampai rumah. Macam mana lah orang tak mengamuk dengan pengangkutan awam nih.

1 comment:

rosemyn said...

mcm2 masalah KTM ni. tp betul la.. kalau time2 sesak ya amat tu, tak yah langkah pun. tunggu je org belakang tolak. selamat la masuk dlm tren tu...huhuhuhu