5.5.11

Kerana Sekeping cermin

Harga spare part kereta ditentukan dengan demografi penduduk kwsn sekitar. Disebabkan cermin satria antik retak seribu salah pakistan pemotong rumput jahanam, aku terpaksa cari kedai untuk repair. Jangkaan asal dalm RM100 ke RM150 aje, rupanya aku tersilap. Berdasarkan kajian rambang di 4 tempat , barang yang sama tapi harga berbeza-beza.
1. Serdang
kos RM490. Sebab utama bg aku dekat dgn UPM.student ni kan kaya,walau kaya dgn hutang PTPTN aje. Jadi konfem kene ketuk.
2. Cheras
kos RM370. Murah sket sebab kawasan pinggir kota.Lagi pun tu hanya kawasan perumahan kelas pertengahan.
3. Bulatan Pahang
kos RM400. Mahal sebab kat tengah bandar. Kos sume dah termasuk traffic jam, rasuah polis, kene saman speed trap.
4. Pekan Lama Semenyih
kos RM280. Aku saspek murah sebab kawasan jauh dari bandar, kurang membangun, jalan paling terer 2 lane, lori besar gila babi banyak. Tempat paling happening pun hanya Tesco aje.

Owh. Satu lagi aku prasan, asal takde kedai repair cermin orang Melayu. Semua cina aje. Orang Melayu mane? Aku rasa sibuk jual nasi lemak kot

No comments: