4.9.14

Cempedak Goreng : Satu Analisis

Aku hari tu ada terinign nak makan cempedak goreng. Bila tanya harga kat gerai bagi aku sangat tak munasabah. 50 sen untuk sebijik cempedak yang telah digoreng. Dengan melihat saiz cempedak di gerai tu, aku perlukan minimum 10 biji untuk kenyang jadi membawa kepada harga RM5.
Lepas tu takkan aku nak makan sorang, mesti beli untuk isteri dan anak. Akhirnya aku berkemungkinan akan membelanjakan  hampir RM8 ke RM10.
Jadi atas perasaan geram aku beli sendiri cempedak yang belum digoreng. Sekilo RM4.50. Beli dua kilo lebih dalam RM10.
Kemudian dari 2 kilo lebih tu aku dapat dalam 35 ulas yang besar-besar.  Jadi jika dijual dengan harga 50 sen sebijik keuntungan  di gerai adalah RM17.50.
Kalau dicampur kos minyak, tepung dan tenaga untuk goreng cempedak tu sendiri masih untung lagi berbanding yang beli di gerai.
Apa yang aku dapat di penghujungnya, kepuasan makan cempedak goreng dengan harga murah sambil menghirup teh cina di depan kaca tv.
Cuma apa yang perlu adalah sedikit usaha...tanpa usaha takde la kepuasannya.

No comments: