7.9.14

Garmin Fenix 2

Bila aku decide nak jump dari using usual sports app dari phone ke GPS sports watch, aku buat banyak survey. Walaupun rasa rugi gak untuk meninggalkan apps yang lama dah pakai tapi atas nama moving forwards aku pindah.


Jodoh aku dengan Sports-tracker.com ni amat panjang bermula dari 2009 hingga 2014. Jumlah mileage pun dah 7106km.

Kemudian aku berpindah seketika dalam satu bulan setengah ke Polar. Polar memang dalam radar list aku untuk GPS Sports Watch tapi buat masa tu aku hanya beli HRM utk di pairing kepada phone menggunakan apps Polar Beat.

Polar ni agak confusing sikit sebab apps kat phone namanya Polar Beat dan di PC namanya Polar Flow atau lagi satu Polar Personal Trainer.


Jodoh pun tak panjang jadi mileage hanya terkumpul sebanyak 157.2km sahaja. Kemudian bermula pada masa tu aku mula mencari GPS Sport Watch yang sesuai dan akhirnya terjumpa Garmin Fenix 2.

Faktor utama yang akan melemahkan minat nak beli ni adalah harga dia. Walaupun fungsi jam ni adalah pelbagai tapi wang sebenarnya faktor utama dalam  pembelian apa benda sahaja pun.
In the end aku dapat jumpa satu kedai yang memberikan harga paling kompetetif di kawasan Lembah Kelang. Setakat yang aku tahu dah 3 orang kawan aku pun membeli pada dia.



In the end aku dapat satu produk yang amat berbaloi dari segi harga berdasarkan fungsi yang sedia ada. Untuk review fungsi mungki boleh google sebab aku tak mampu nak beri analisis terbaik fungsi jam ni disebabkan limitasi aku sendiri.

Walaubagaimanapun kalau berminat nak dapatkan jam ni boleh la try contact dengan orang seperti nombor di bawah.



Sekarang aku dah menggunakan website Garmin Connect. Kepada yang berminat nak add aku boleh add ikaz_maza.  Cuma satu je kekecewaan aku bila switch dari Sports-Tracker ke Polar dan akhirnya ke Garmin ni. Nak transfer data yang sebelum ni dari apps lama ke yang baru amat susah kerana harus buat manually one by one. Aku harap nanti developer apps ni akan membolehkan transfer data ke semua sekaligus secara otomatik.

No comments: