8.9.14

KRI X-Trail Duathlon 2014 : Satu Pengalaman

Bila kita pernah menamatkan sesuatu acara tu, kita dah tau dan booleh jangka perit getir untuk menghabiskan sesuatu acara. Bagi aku dalam kes ini aku dah tau bagaimana perit untuk menghabiskan Duathlon semasa masuk event X-Terra Teaser event pada bulan Februari. Mengenangkan yang aku dah pernah buat dan tamatkan event tu yang lebih kurang sama bulan Februari, timbul perasaan complacent dalam diri. Akhirnya dari perasaan complacent tu menyeksakan diri pada event yang akan datang.


Pada hari sampai sehari sebelum event, dengan isteri dan anak. Menginap di Hotel Heritage Ipoh. Sebelum ke hotel singgah untuk ambil racekit dulu. Proses pengambilan memang pantas. Seterusnya ada basic race course breifing dari penganjur dan ada juga jualan dari booth sponsor. Info pasal racekit aku dah masukkan di sini.
Hari Sabtu di habiskan dengan aktiviti carbo load di Nasi Ganja dan Mee Rebus Ramli. Plan untuk tidur awal tak berjaya pada malam tu. Mungkin ada pre-race jitters sket. Bangun seawal jam 5 pagi dan bergerak keluar ke tapak event selepas solat subuh. 6.10 pagi aku dan berada di lokasi permulaan.
Mula ambil tempat di transition area untuk susun barang dan setup basikal. Kemudian chit chatting dengan Anas sebelum beratur di petak pemulaan.




Plan pada awal adalah untuk berdiri di line pertama di garisan permulaan atas satu sebab utama. Bukan untuk menndapatkan head start semasa pelepasan tetapi nak banyakkan gambar diambil oleh phographer. Haha. Taktik ni berjaya sebenarnya.


Pelepasan tepat jam 7.30 pagi. Bagi aku event jamboree basikal lain dah patut mula mengikut waktu pelepasan sebegini. Lebih awal lebih mudah dan lebih sesuai utk pelari/pengayuh slow seperti aku disebabkan cuaca masih belum terlalu terik.
Larian memang kelemahan bagi aku untuk Duathlon ni, walaupun permulaan hanya lari sebanyak 2km tapi aku tersilap langkah kerana follow the crowd kerana cuba untuk sprint pada awal. Akhirnya pada masuk KM pertama langkah dah mula perlahan disebabkan kehabisan tenaga. Pada KM 1 dah mula ramai potong aku balik dan aku jangka dalam separuh dari jumlah keseluruhan peserta dari jumlah basikal yang aku lihat masih ada bila masuk ke transition area.



Larian bahagian pertama berjaya tamatkan dalam masa 11 minit dengan average pace yang agak laju dari kemampuan aku..Sepanjang larian bahagian pertama 2km tiada water station. Aku ambil masa dalam 2 minit nak untuk masuk dan keluar dari transition area. Masa diambil agak lama disebabkan aku terpaksa duduk nak mendapatkan nafas.Pada masa ni Anas dah jauh tidak kelihatan. Dia dah mula hilang pada 100 meter pertama semasa pelepasan.



Seterusnya tolak basikal keluar dari transition area dan mula berkayuh. Mula dalam laluan road dalam 4km dan seterusnya masuk ke offroad . Permulaan offroad adalah dengan mendaki satu bukit yang agak tinggi. Pada awal bukit aku menolak tetapi memikirkan terlalu awal untuk menolak dan menolak ni akan melemahkan betis aku, aku mula kayuh balik. Semasa kayuhan offroad ni aku cuba nak gain ground yang hilang disebabkan hilang nafas masa berlari tadi.
Trek amat licin disebabkan hujan lebat pada malam sebelumnya. Setiap trek adalah rideable dengan berbasikal walaubagaimanapun terpaksa lebihkan tenaga untuk pedalling disebabkan lumpur melekat di tayar. Downhill agak mebahaya disebabkan trek amat licin dan banyak laluan air. Kemudian masuk ke kawasan on road di mana terdapat 1 water station dan mendaki bukit di kawasan bersebelahan Empangan Sultan Azlan Shah. Pada masa selepas water station ni aku berjumpa dengan Anas yang dah habis naik bukit offroad kedua dan dalam kayuhan balik ke transition area.
Masa mendakit bukit tu aku ingatkan offroad dah tamat, jadi aku tekan masa mendaki bukit. Rupa-rupanya dihujung tu ada lagi melalui trek offroad dengan bukit yang lagi tinggi. Setelah mendaki separuh, aku hilang tenaga dan mula turun untuk tolak. Aku makan High 5 Isogel pada masa ni untuk dapatkan tenaga.
Kemuncaknya bagi aku adalah downhill selepas habis aku menolak di puncak bukit ni. Memang mengujakan, hampir 5 minit juga untuk sampai ke bawah semula. Memang merbahaya dan depan mata aku dah ada yang terjatuh semasa downhill, habis luka tangan.
Penghujung downhil adalah kawasan tarmac dan mula berpatah balik ke kawasan transition. Ada satu lagi water station 2km sebelum sampai ke transition area. Masa ni aku cuba lagi nak gain ground yang aku dah hilang masa menolak naik bukit kedua. Pakai gear besar dan tekan hingga masuk ke transition area.


Semasa transition ke trail run pula, aku ambil masa yang sama 2 minit. Aku duduk dan minum sebotol Gatorade dan seterusnya tukar kasut. Kemudian soldier on untuk final leg of the race. Mula di laluan tarmac dalam 200 meter dan seterusnya mula trail run. Di situ dihidangkan dengan satu bukit yang bagi aku hard to run disebabkan elevation dan fatique dalam badan. Sepanjang naik aku hanya berjalan dan berborak dengan peserta lain untuk melupakan rasa penat.
Di pucak bukit disediakan satu water station dan seterusnya downhill. Masa downhill aku cuba berlari malangnya tenaga dah habis dan lutut kiri mula sakit. Akibatnya aku hanya berjalan turun dan kadan-kala berlari-lari anak. Kebanyakan masa turun aku minum air Gatorade yang ada aku bawa sejak berbasikal tadi untuk elakkan cramp.
Pada masa ni aku dah habis semua tenaga dan terasa amat seksa nak tamatkan larian ni. Cramp di perut hampir di keseluruhan kawasan . Aku makan lagi satu High 5 Isogel semasa perjalanan turun. Aku sempat berborak dengan sorang peserta yang dah krem kedua-dua kaki dan offer Gatorade aku.
Aku teruskan larian, mula bersemangat bila masuk kawasan tarmac di mana aku tahu dah nak sampai ke penghujung. Tetapi penghujung bagi aku rasa sangat panjang. Ditambah dengan kepanasan matahari pada masa tu menambahkan penat. Aku cuba maintain pace selagi boleh walaupun perlahan untuk elakkan cramp kerana aku jangka kalau cramp pastu tamatkan event ni untuk aku.
Beberapa meter terakhir, di mana finishing line dah pun aku nampak, aku masih tak mampu nak push badan untuk terus belari laju.


Akhirnya bila lepas sahaja finishing line, aku ambil medal dan terus duduk di kaki lima. Ambil masa dalam 5 minit kemudian baru aku bangun untuk dapatkan tenaga ke transition area untuk simpan basikal.

Anas pada masa ni dah lama sampai dan dah simpan basikal. Aku tamatkan Duathlon ni dengan cacatan masa rasmi 2jam 30 minit. Kedudukan aku  dalam kategori Men Open adalah 103 dari 142 orang yang take part. 5 orang DNF dan 20 orang lagi DNS. Info lanjut di sini.



Event ni bagi aku adalah satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Atas sebab seksaan yang aku rasakan untuk tamatkan event ni. Aku tak salahkan sesiapa tetapi diri sendiri. Bagi aku, lack of training dan complacent dalam diri menjadi punca event ni amat seksa untuk aku tamatkan. Aku langsung tak buat BRICK dan bg extra effort pada larian untuk event ni. Hasilnya pada 3rd part untuk habiskan larian bagi aku satu seksaan yang amat berat. In the end, masa untuk kita muhasabah diri dan rangka semula rancangan yang sepatutnya untuk event yang akan datang.

Pujian aku berikan kepada penganjur iaitu Kelab Roadrunner Ipoh, walaupun kali pertama menganjurkan event duathlon tetapi bagi aku sangat berjaya. Tidak ada komplen yang aku boleh berikan melainkan satu, bib no untuk basikal di bawah seat amat mudah koyak semasa offtroad disebabakan trek yang amat lembap. Mungkin boleh ditingkatkan kualiti material untuk tahun akan datang.

Memikirkan aku habiskan event ni tetapi bukan pada prestasi terbaik, bagi aku adalah wajar untuk aku kembali lagi untuk perbaiki masa jika penganjur decide untuk buat pada tahun depan.




Untuk info lanjut dari Garmin boleh rujuk di sini.



No comments: