10.9.14

Restoran Nasi Arab

Aku jarang sekali buat review makanan. Aku rasa kalau buat review makanan,letak gambar cantik-cantik berkeping-keping pasti ramai yang akan datang lawat. Bertambah jumlah hit dalam sehari.
Walaubagaimanapun aku teringin juga menulis tentang kedai ni. Nama kedai Restoran Nasi Arab. Nama mudah dan tak perlu kelihatan arabic melainkan tulisan bahasa melayu "Arab" itu sendiri.


Lokasi di Jalan Reko Kajang. Mungkin bleh klik sini untuk peta di Google Maps.
Yang buat aku tertarik pada kedai ni adalah simplicity yang ditampilkan tetapi amat hebat dari segi rasa masakan. Yang paling penting harga yang bagi aku murah berbanding Restoran Arab biasa.




Di atas merupakan makanan untuk aku bertiga. Kabsa Ayam dan Kebab Kambing. Untuk kebab tu aku makan 2 pinggan sebenarnya. Harga amat berpatutan. Aku pernah makan dalam satu keluarga 7 orang hanya bayar RM120 keseluruhan.

Mungkin rasa dan tekak orang lain adalah berbeza-beza tapi bagi aku, Restoran ni paling sedap, ekonomikal dan mudah dari segi urusan perjalanan bagi aku.

No comments: