30.4.15

Jamboree Melawati 2015 : Satu Cabaran yang Mencabar

Aku mulakan kisah jamboree ni dengan satu pujian dan ucapan tahniah kepada Hezlan yang dengan penuh semangat juang menamatkan jamboree dia yang pertama. Bukan mudah nak tamatkan jamboree lebih2 lagi dengan trail yang cukup mencabar ni. Buat Hezlan, jangan patah semangat dan kita jumpa pada event yang akan datang.

Hezlan pada 2km terakhir. br lps kene bukit
Jamboree Melawati, seperti biasa aku tak masuk event race. Hanya Jamboree. Sebab, boleh rujuk entry pasal goodies Jamboree Melawati yang lepas. Bergerak awal dari Nilai secara konvoi. Sampai just nice jam 6.30 pagi. Tapak event yang sebelah masjid memudahkan urusan solat, memerut dan buat persiapan. Tapi walaupun sebelah masjid kelemahan pula adalah sikap pengayuh yang tanpa segan silu tidak menjaga kebersihan terutama selepas habis kayuhan. Awal pagi ke masjid bersih...bila tengahari aku datang masjid punya la kotor bilik air dengan tanah. Langsung tak hormat pada tempat sebegini. Benda-benda asas mcm ni aku rasa tak yah ajar kot. Semua pun dah besar panjang.

Macam biasa lepas siap semua, terus beratur. punya la awal beratur sampai dapat la kat 2nd line. So beratur awal yang tak bestnya nak menunggu pelepasan plak jadi lama. beratur dalam 7.15 pastu nak tunggu flag off pukul 8.40.
Dari kiri hasni, rizal, pijan jr, fahmi dan kayyoi

Disebabkan event ni ada kategori race jadi macam biasa racer dilepaskan dulu 10 minit awal. Yang masuk race untuk event ni adalah Famy, Kayyoi, Pijan Jr, Hasni dan Rizal. Seperti biasa sebelum pelepasan tu ada la sket ucapan dari YB. Macam perasmian la kiranya. Yang best pada ucapan tu dinyatakan Sime Darby sponsor RM92k untuk event ni. Perghh..
Dari kiri Pijan, Nazri dan aku


Kategori Jamboree plak yang ada aku, pijan dan nazri. Tidak dilupakan Hezlan. Dia takde dalam gambar sebab sampai lambat. Malam tu keje so dia kat belakang. Dari awal sebelum event ni aku dah set nak kayuh santai jadi lepas starting je aku pun kayuh rileks2 aje.  Tak pecut pun. Pada km ke 4 aku stop tepi jalan tunggu Hezlan nak ajak kayuh bersama. Pijan dan Nazri masa tu dah memecut kat depan. Kayuhan onroad dalam 8km sebelum mula offroad.



Bila di kelompok belakang ni masalah utama adalah kesesakan lalu lintas. Jadi nak tak nak kebanyakan masa menolak. Hujan pada awal pagi sebelum event pun tak membantu sebab trail bagi orang-orang yang kat belakang macam aku ni dah hancur. Susah nak kayuh. 
Jadi dari KM ke 8 sampai la keluar ke kawasan offroad boleh aku katakan dalam 70% menolak. Walaupun orang ingat menolak tu senang tapi sebenarnya menolak lagi seksa dari kayuh. Kekuatan pada betis diperlukan masa menolak. Betis tak kuat potensi krem memang senang terjadi. Kalau krem memang padan muka la.
Dari mula offroad tu sebenarnya kita climbing ke atas sedikit demi sedikit naik ke atas. Memang memenatkan tapi layankan aje. Bila rider ramai dan situasi pun climbing ditambah dengan keadaan lecak so memang terpaksa menolak. Dari bukit sebelum ke CP1 terpaksa menolak sebab terlalu sesak. Rehat kejap untuk amik air dan terus kayuh. Pada masa ni air kat CP 1 masih cukup. Dapat la aku dengan Hezlan sorang sebotol.
aku dan hezlan sebelum ke puncak CP1

Seterusnya downhill sket sebelum mula climbing balik. Azabnya tak terkata, panas terik plak masa tu. Ada la terjatuh gak kat switchback disbbkan terlalu licin. Nasib baik tak jatuh gaung. Seterusnya dapat layan downhill yang panjang tapi tak boleh nak laju sebabkan licin, keluasan jalan pun memang sikit. 
Di penghujung downhill ni la bermulanya seksaan sebenar. Puncanya trail terlalu sesak disebabkan kawasan bukit dah tak boleh nak kayuh. Terlalu licin. Jadi menolak sampai atas. Tolak dan terus menolak umpama tiada penghujung.  Most of the trail pada masa ni dah tak rideable jadi solutions hanya menolak. Degree kecuraman tu pun menjadi isu kerana terlalu tinggi nak menolak dengan keadaan licin. .

Jalan sesak di CP2

Seterusnya selepas habis menolak sampai ke puncak yang terdapatnya CP2, agak menyedihkan pada masa tu kerana air habis dan rider hanya diberikan air botol dari baki-baki yang diminum rider yang terlebih awal sampai pada masa tu. Jadi jangan nak memilih dan manja sangat aku minum aje. Ada juga rider yang mengambil pendekatan tak nak minum dan ada juga yang memaki hamun marshall kat CP2 tu.


Masa tu dah pukul 12.30 tak salah aku. jarak baru dalam 20km. Aku siap dah target paling awal keluar pukul 2 petang. Selepas CP 2 most route dah tak tough cuma downhill yang agak panjang penuh berbatu di bawah dan buluh melintang di bahagian atas. Kene sentiasa alert untuk elakkan masalah lain terutama aku ni yang pakai rigid.
Camnepun banyak kali gak kepala aku terhentak buluh yang melintang disebabkan buluh tu terlalu rendah.Kemudian keluar ke tarmac.Ada satu insiden yang aku xlupakan ms masuk ter tarmac ni, ada rider yang mintak air pada marshall yang ramai berkumpul kat sini tapi jawapan yang dia dapat adalah "Bang, kat depan ada kedai bang". Sungguh tak bijak jawapan tu. Hanya mengundang kemarahan rider sahaja Aku ingatkan seksaan dah berakhir rupanya kejap aje. Masuk semula offroad yang membawa kepada laluan permulaan tadi. Pada masa ni aku nampak ada gak yang minta air pada makcik tepi jalan yang tengah jaga ATV. Kesian panas terik tapi air takde. Depan sket dari tu nsb baik ada kedai jual air, so ramai gak yang berhenti.
Aku dengan hezlan decide tak nak berhenti dan continue nak habiskan sebab dah dekat. Dalam 5km ke finishing. On the way balik nampak organizer naik pickup nak hantar air kepada rider. Syukur ada yang hantar tapi bagi aku lambat sangat. Akhirnya selepas 5 jam dalam trail aku pun keluar dan sampai ke finishing. Overall ranking no 608. Total rider dalam 1253. Tolak yang masuk race untuk jamboree dalam 938. Kira 3/4 dari keseluruhan jamboree.




Banyak komen-komen negatif dah dihamburkan kepada penganjur untuk event ni. Yang menariknya pada hari sebelum jamboree ni berlangsung jamboree cyberjaya pun byk masalah tapi masalah jamboree melawati ni berjaya menutup cerita cyberjaya ni. Sampai ke hari ni masih ada yang tak berpuas hati.
Aku yakin penganjur tak nak event dia menjadi bualan orang dari sudut negatif tapi mungkin banyak perkara terlepas pandang menyebabkan perkara ni berlaku. So untuk berlaku adil aku list down pro and cons bagi event ni.

Pro
1. Trail yang mencabar (mungkin ada yang meletakkan ni dalam cons)
2. Singeltrail dan downhill yang mengujakan
3. Kawasan pemulaan yang luas walaupun sedikit becak.

Cons
1. Mula lewat. 8.45 pg untuk jamboree. Masa ni matahari dah atas kepala
2. Air tak cukup.(ni faktor kemarahan rider lain)
3. Dapat medal dengan lanyard Jamborace walaupun masuk jamboree.
4. Kawasan masjid kotor selepas event. yang menggunakan tak de akal langsung.
5. signage xde. atas jalan signage di spray atas tarmac. dalam trail hanya ada tali merah dan kuning tu pun untuk menandakan ada buluh kat atas melintang

Bagi aku kalau kita nak  mengamuk pasal keburukan sesuatu event memang sampai kiamat tak kan habis sebab tolerance dan kesukaan orang berbeza-beza. Contohnya ada yang suka trail mencabar dan ada yang tak suka. Jadi the list will go on berjela-jela. Pendekatan yang aku ambil, kita nilai la baik2 sesuatu event ni adakah bebaloi dengan wang yang dilaburkan. Jika ya.. masuk la lagi jika ada tahun depan dan jika rasa tidak ..tahun depan kalau ada tengok aje la orang update dlm fb.

Bagi aku, aku akan join untuk menikmati kesusahan trail ni. Bak kata sorang kawan, kerja gila mengayuh kat trail atv dan motorcross.. Kadang kala buat kerja gila satu perkara yang menyeronokkan.
STC Family


Kelab Basikal Kilang Kicap






3 comments:

Faizal Mustafa said...

Info yang berguna utk 1st time join jamboree

Anonymous said...

Salam...bro...
Sgt2 suka bila baca....cara pemikiran kita sama...
Kena camtu pon tetap akan join jamboree lagi....
Bab masjid mintak maaf bro aku x s3mpat ke sana...balik terus lepas makan...sbb kayuh je dtg sana...kalau aku tau mmg dah tolong settlekan....
Apa pon nnti boleh like Page aku "Doc Mosso"
Add la fren leh kenal n tukar2 pandangan....ok bro tahniah penulisan yg tepat n jujur...

Zakaria Majid said...

PKCIK ZAKARIA GEREK KTM, SDRA AZAM ZAKI, PKCIK SGT TRUJA MEMBACA CERITA JAMBOREE DLM ENTRY TERKINI. BNYK INFO YG DPT KITA PELAJARI DRP ESEI SDRA AZAM ZAKI. TQVM