10.5.15

Benda Aku Benci 14 : Perangai Ibu Bapa Sekarang

Aku sebenarnya baru sahaja habis layan sukan tadika anak aku. Untuk tahun ketiga ni aku decide untuk hantar anak aku ke tadika berbeza jadi tahun ni pasti sukan pun berbeza.Penganjuran bagi aku baik cuma nak komen pasal tetamu yang hadir iaitu mostly ibu bapa. Post ni bukan nak condemn ibu bapa kat situ tapi sebenarnya nak dijadikan pengajaran supaya aku pun tak buat benda yang sama.

1. Kebergantungan pada smartphone. 
     Setiap masa mat memandang ke smart phone sampai nak menepuk pun malas. Bila orang bagi ucapan langsung tak dengar apetah lagi berbual-bual dengan ibu bapa lain di sebelah. Masa tak tengok smartphone rasanya bila anak sendiri tengah bersukan tu pun kalau diikutkan buka smartphone gak . Buka untuk ambil gambar atau video anak tengah bersukan. Lepas habis duduk balik dan continue pandang smartphone.

2. Kemalasan untuk berinteraksi dengan event
    Tepuk malas, respon kata-kata MC pun malas bangun tengok game pun malas, Join game untuk ibu bapa pun tak nak juga. Nak duduk dari awal sampai habis je kat kerusi. Yang tak malas bila tgk anak sendiri main game dan bangun ke meja makanan.

3. Tak Menghormati Majlis.
  Datang tak awal tapi balik nak awal. Tunggu sampai anak dapat hadiah aje. Lepas tu terus balik. Kesian plak aku bila td ada slot terakhir nak buat persembahan cikgu dan anak murid sempena hari ibu. Skali tengok ibubapa dah blah tinggal dalam 5-6 keluarga je stay lagi. Terpaksa slot tu dibatalkan. Hormat la majlis tu. Selagi belum tutup tak yah la balik. Kecuali ada kecemasan yang betul-betul. Cuba kalau majlis kau sendiri orang buat macam tu mesti hangin. Appreaciate la cikgu yang bertungkus lumus nak buat program untuk anak kita.

4. Makan
Ni part yang paling biasa. Nak suh menyumbang untuk makan tak mau. Ok, takpe kita bersangka baik bahawa duit pun tak banyak . Bila part makan yang tak menyumbang tu paling laju amik makanan siap bertambah- tambah.Pas makan plak takde inisiatif nak buang dalam tong sampah yang disediakan.

Sindrom sambil lewa ni perlu dijauhkan. Hargailah apa yang telah dilakukan. Kita perlu ingat jika kita sambil lewa kepada orang lain, satu hari nanti masa kita pula. Pada waktu itu padan muka kau..


No comments: