7.8.15

Port Dickson International Duathlon 2015 : Bike Course

Ini merupakan part yang aku agak gerun kerana tahun lepas tiga kali berhenti pada awal-awal kayuhan disebabkan krem. Jadi tahun ni aku kembali dengan sedikit upgrade. Pakai calf guard. Aku dah pakai calf guard ni sejak Penang Du hari tu memang membantu dalam berbasikal dan 2nd run course. Kalau awal-awal kau dah berhenti sebab krem dia bukan sahaja efek kepada fizikal kau tapi juga pada mental kau. Pada waktu tu mula la fikir DNF. Takut betul kalau DNF.
Masa lari lagi aku dah pakai glove. Konon-konon pakai awal-awal supaya tak ambik banyak masa sangat dalam transition. Tapi konon je la, duduk dalam tu dalam 4 minit,  keluar pun sbb nampak member sebelah yang sampai lagi lewat dah mula nak keluar.


Perkara paling penting adalah untuk tak mount basikal sebelum keluar bawah belon kuning sebab nanti kene DQ, tolak keluar nampak akak dari Team POYO yang amik gmbr aku tahun lepas. minta dia amik gambar lagi baru keluar. Rupanya pose tahun ni pun sama macam tahun lepas.

Ada disediakan air lepas belon kuning, tak amik pun sebab konon-konon berenti minum bazir masa. Mula mount dan terus kayuh. Permulaan kayuh dah naik bukit so xmau tekan. Kang jadi macam tahun lepas. So rileks je kayuh, masa tu RB dah berdesup-desup potong, aku rileks je kawal nafsu. Lagipun kalau kejar diorg pun bukan dapat.


Pada KM ke 7 masalah salam jadi lagi. Krem betis kiri. Berhenti jap. Masa berhenti dengan tenang Kayyoi potong. Rehat kejap pastu kayuh santai sebab takut krem balik. Makan satu Iso Gel dan minum setengah botol air. KM ke 9 kedua-dua betis plak krem. Dia punya sakit macam kene siat dengan pisau. Masa ni la mental amat down. Dah mula emosi sebab takut DNF. Rasa tak berbaloi sebenarnya kalau DNF. Biar tak menang tapi jangan sampai DNF.


Pastu layan je la kayuh. Biar slow asalkan habis. Dalam 10 minit macam tu rasa mcam dah ok so aku sambung kayuh macam biasa. Target nak habiskan awal sebab takut panas. Hujan rintik-rintik tadi pun masa nak mula lari je pastu berhenti.

Selain dari krem menyebabkan kau down, benda yang bleh buatkan mental down adalah nampak team mate kau dah u-turn di kala kau masih terkedek-kedek kayuh macam siput naik bukit. Terasa jauh sangat 54km amsa tu. Untuk naikkan semangat kau balik, aku cuba la kejar orang depan. Bila berjaya terus naik semangat. Pastu tinggalkan orang tu dan cari balik orang depan yang lain kau nak potong. Kira macam build up momentum sedikit demi sedikit la.
U-turn pada KM ke 27. Tahun ni kat u-turn ada polis jaga. Tak salah aku tahun lepas hanya ada volunteer jaga trafik. Masa u-turn aku amik masa sket untuk refill air dan letak tablet. Potensi krem bleh jadi bila-bila masa jadi perlu bersedia.
Masa balik pun steady lagi cuma bila kat bukit xleh nak tekan hanya pakai gear rendah sebab macam nak krem balik. Solution dia kayuh slow, teguk air separuh botol makan iso gel. Hajat di hati nak save energy dengan drafting basikal depan tapi RB punya la laju tak simpati langsung pada pemakai MTB.

Dalam 10 km terakhir tu jumpa Kayyoi balik jadi aku layankan aje kayuh skali sampai habis. Masa kayuh ni langsung tak nampak Rizal. Nampak dia masa dia dah u-turn aje. Masa tu aku ada 7km lagi sebelum sampai u-trun. Aku rasa Rizal pakai saka sbb masa nampak dia kayuh tu macam makhluk berbulu dah atas basikal.



Nak masuk ke trasition tu turun bukit jadi acah-acah la potong RB sebijik dua, mana tau masuk gambar bleh la jadi point konon-konon potong RB. Biasalah  depan gambar kene ada lakonan sket. Kalau tgk gambar atas memang jauh aku ke depan banding RB kat blkg. Kah kah kah sembang kene lebat walaupun timing hancus dah masa ni.

Timing basikal 2 jam 20 minit untuk 54.52km. Not bad la average pace 23.3 km/h. Slalunya nak cecah 23. pun semput. Mungkin sebab distance tu lebih tu yang jadi average pace jadi tinggi.
Seksaan sebenarnya adalah permulaan 2nd run course nanti. Kengerian route tahun lepas tu masih teringat-ingat lagi.


No comments: