1.9.15

Fun Ride @ Komuniti Sihat

Event yang berkonsep Funride dijalankan kat Sendayan. Small scale event. Sebab utama aku nak join hanya kerana ada hidangan offroad aje. Jarak 25km dan dr info penganjur 50% adalah offroad. Jadi not bad la 12.5km. Dekat jugak dgn rumah mak mertua jadi aku terus register.
Ada kekalutan pada part aku di mana sepanjang aku register sehingga la 2 hari sblm event aku rupanya dah tersalah tengok tarikh. Haha. Rasa tua betul. Nasib baik gak la sedar. Kalau dtg event tu pada tarikh yang salah mau naya. 

Aku xberapa pasti keseluruhan yang register tp dr pandangan aku mcm dalam 300 rider ada pada pagi tu. 300 rider tu bercampur juga dengan kategori 10km dlm Funride ni.  Nasib baik pagi tu aku jumpa Syameer dan Anwar tak la kebosanan kayuh sensorang.

Plat dan light breakfast

Event mula tepat pkl 8 lps nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan sedikit briefing. Pelepasan membawa ke kawasan road dlm 6km sebelum msk ke offroad. Ada benda yg kelakar gak la jadi bila berhenti sekejap sbb Marshall xingat jalan. Rasa lawak pun ada tapi aku layankan aje sbb fun ride je pun. Msk offroad dlm km ke 7 atau 8 tak salah aku. Road mmg flat dan offroad pun xbyk bukit cuma ada busut sket2 je. Jadi konsep mmg fast trail. Cuma aku xjangka langsung dia jadi terlalu fast.

Masa Pelepasan

Bila dalam Funride ni adalah tugas Marshall nak kawal kelompok kayuhan. Mostly rider xkan potong Marshall kat depan jadi bila rasa terlalu laju, diorg kene slow kan kayuhan. Mula2 aku bleh ikut lagi. Lepas CP1 yg juga ada air, aku lepak jap amik gambar, pastu mmg tak terikut dah. Pandangan aku ms ni Marshall kene stop. Walaupun diorg xpenat tak dahaga wajib stop utk slow kan rider lain. 

bergambar dengan marshall di CP1

Lps CP1 tu ada bukit simen yg agak tinggi dan downhill simen yang mengujakan. Agak merbahaya sbb ada bumper yang takde tanda amaran kat habis downhill tu dan jalan simen yang berpasir.
Ada sorang budak jatuh dan siap kene hantar naik ambulans ke hospital.
Kalau ms nak daftar tu katanya offroad dlm 12km, tp ms kayuh bagi aku xsampai pun jarak tu. Jangkaan aku dalam 7km shj offroad. A bit of letdown bg aku sbb Sendayan aku yakin bleh offer lebih dr tu sebab banyak hutan dan ladang sawit.
Kemudian masuk semula ke kawasan road melalui taman perumahan sebelum sampai ke Finishing line. Keseluruhan tak sampai 25km. Dalam 21km je. Yang bezanya ada ranking untuk Funride ni. Cuma ranking tak salah aku dicampurkan untuk yg 25km(eh 21km sbnrnya) dan 10km.


Kawalan trafik dr polis, makan dan minum selepas kayuhan bagi aku cukup lengkap. Cuma medal aje la jenis biasa je. Mungkin faktor bajet. Aku pun tak kisah sangat pasal medal cuma aku agak kurang puas bila dapat offroad yang tak panjang. Distance pun kurang.
Aku yakin penganjur ada sebab kot pasal perubahan distance ni cuma tak dimaklumkan kepada rider shj.  Sebelum jam 11 semua dah bersurai aku pun dah sampai rumah pada waktu tu. Lucky draw tunggu sampai habis tapi tak kena.
Good effort untuk penganjur sebab anjurkan program bersifat komuniti mcm ni. Tak semua orang sanggup menganjurkan program. Aku sendiri lebih minat masuk program dari anjurkan. Aku harap masa akan datang ada lagi dengan jarak lebih panjang dengan offroad yang lebih dari 50% dari keseluruhan route. Kalau ada yang tu mesti aku datang skali lagi.  Kalau tak mungkin cari aktiviti lain.

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum!
salam sejahtera!
terima kasih atas komen tuan yg sangat membina.
insyaallah jika diizinkan pada next EVENT yg mana ada pihak penaja yg telah bersetuju untuk menaja sepenuhnya aktiviti kami ini.
kami akan berusaha untuk melaksanakan nya dengan sebaik mungkin demi kepuasan riders.Pada event yg lepas kami penganjur dikekangi dengan budget yg terlalu sedikit.
Insyaallah next event kita anjurkan Jamboree.
doakan kami.
terima kasih.

No Surprises said...

Jika terjadinya program Jamboree tu InsyaAllah saya akan mendaftar. Fast trail di Sendayan ni memang menarik.