4.5.16

TM Fan Run 2016 : Registered

Aku selamba redah je register event ni. Main ikut nafsu je. Tahun lepas ada event PD Duathlon 2 minggu lepas raya. Tahun ni aku register event ni , seminggu setengah lepas raya. Kebanyakan orang tak suka event time syawal ni. Mungkin sebab time ramadhan diorang takde masa nak bersukan dan time syawal dan makan umpama esok hari kiamat. 



Aku sendiri suka event time syawal ni sebab buat aku berdisiplin dari segi makan time beraya rumah orang. Last year, seminggu sebelum PD Duathlon tu aku register gak event Recue Run kat Ecohill buat pemanas badan. Struggle gak nak habiskan sebab tengah mood raya ni.


Tahun ni aku register event 21km. 1st event HM marathon sejak 2014 aku rasa. Saya nak mencuba samada boleh atau tidak nak lari jarak jauh ni. Kalau tak larat, rasanya kekal lari 10-12 km je la. Gila plak memikirkan time raya nak lari 21km. Moga aku kekal istiqamah dalam part makan time syawal nanti.
Kepada yang berminat utk register event ni bleh klik sini. Utk 5km dah habis, jadi tinggal 21 dan 10km sahaja. Fee pun bagi aku amat murah berbanding event lain yang buat distance yang sama untuk tahun ni.

No comments: