13.8.19

WhatsApp dan Nilai Persahabatan

Aku rasa nilai persahabatan boleh diukur dengan secepat mana mesej kita di balas pada aplikasi WhatsApp.
Ataupun adakah mesej kita akan dibalas apabila mesej WhatsApp dihantar.
Sebagai contoh, aku ada group sukan yang aku rasa agak rapat sebab dah bersukan lama. Lebih lima tahun. Dulu sering aktiviti dilakukan bersama. 
Sekarang bila ajak bersukan tak ada sorang pun akan balas even untuk berkata tak dapat join. 
Buat aku terfikir apa nilai persahabatan aku dengan orang yang dianggap kawan. 
Mungkin mereka menilai aku tak cukup besar untuk spend sedikit utk membalas mesej itu. 
Jadi aku boleh nampak sejauh mana tahap aku dianggap kawan di mata orang lain.