18.5.20

Blessing in Disguise

PKP ni bagi aku umpama satu rahmat juga. Aku suka lihat the positive sides of things. Bayangkan kau diarahkan duduk di rumah sejak 18 Mac dan sehingga sekarang masih berkuatkuasa walaupun dah sedikit kelonggaran. 
Bagi aku PKP ni masa terbaik untuk aku reconnect to god and reconnect to families. Spending almost everyday at home membuatkan aku rasa dekat dengan keluarga walaupun tak dapat melawat mak abah aku dan keluarga mertua. Sekurang-kurangnya isteri dan anak aku ada di sisi. Last year was hard. Most of the time not at home due to work constraint. But this year very different. Hectic on February but Mac until now still at home.
Walaupun dah mula masuk keje everyday sejak PKP 2 hari tu, sekurang-kurangnya aku masih dapat dapat balik on time dan terus ke rumah tanpa ada sebarang outstation. After much rest this few month, I am happy to gear up for work and outstation after PKPB are lifted.
The other best part is masa untuk beribadat. Tak pernah dalam seumur hidup aku bayangkan aku kene jadi imam tarawih, tapi tahun ni alhamdullilah berjaya. Sedikit kelam kabut dan kepenatan pada minggu pertama tapi selepas tu dah tenang. Satu rahmat yang tak terkata rupanya solat berjemaah dengan ahli keluarga sendiri. Perasaan tu sukar nak digambarkan. Now I am looking forward untuk buat solat sunat Aidilfitri kat rumah. 
I understand pelaksanaan PKP ni adalah disebabkan negara ditimpa bencana yang sangat berat hingga mengakibatkan ramai dimasukkan ke hospital dan ada juga yang telah meninggal dunia. Cuma let looks on the positive sides supaya kita boleh mengharungi PKP dan PKPB yang sedang berkuatkuasa sekarang ini dengan tenang

No comments: